Tuesday, 23 October 2012

Jangan Mengalah



Alhamdulilah. Syukur sangat-sangat sebab Allah masih beri peluang kepada kita untuk bernafas lagi. Kita diberi masa untuk bertemu dengan orang-orang tersayang. Dapat juga menjalani kehidupan ini seperti selalu. Dan yang paling penting sekali, kita turut diberi peluang untuk merealisasikan impian kita yang dah lama tertangguh. Alhamdulilah. Alhamdulilah. Alhamdulilah.

Namun yang menjadi masalah kepada diri kita ialah kita tidak pernah berasa puas. Dapat sikit nak lagi nak lagi dan lagi. Itulah kita. Kadang-kadang impian kita tidak tercapai, mulalah rasa give up. Kita dah rasa Allah tak sayang kita. Kita rasa dunia ni gelap je. Kenapa orang lain dapat apa yang dia nak tapi kenapa kita tak dapat-dapat. Kita siap fikir, aku selalu berdoa pada Allah tapi Allah tak kabulkan pun permintaan aku.

Masyaallah sampai macam tu sekali kita pikirkan. Sebenarnya kita silap...Allah bukan tak nak kabulkan doa kita tapi Dia saja nak tangguhkan doa kita. Kenapa Dia tangguhkan doa kita tu? Jawapannya ialah sebab Dia sayang sangat dengan kita. Dia suka kita merayu-rayu dekat Dia. Sebab dengan cara tu, kita akan makin dekat dengan Dia.

Don't worry Allah dengar doa kita tu. Allah already said to Rasulullah. "Ya Rasulullah, if my servant ask you about me. Just answer, I am very close to them". See, itu janji Allah kepada kita. Dia Maha Mengetahui. Dia tahu segala-galanya mengenai kita. Bila Allah tak perkenankan doa kita. Bukan bermakna Allah saja nak kecewakan kita tapi Dia nak bagi yang lebih baik untuk kita.

Jangan sesekali menyerah bila  gagal kecapi apa yang kita nak. Tapi teruskan berdoa, berdoa dan berdoa. We should believe with Allah. Allah akan bagi jugak apa yang kita nak tapi antara cepat dan lambat je. So percaya pada Allah. Doa seyakin-yakinya pada Dia. InsyaAllah doa kita akan dimakbulkan.





Monday, 22 October 2012

You Sihir Pergi Jauh-Jauh!!!

Assalamualaikum kawan-kawan. Hari ni nak kongsi sedikit amalan untuk mengelakkan daripada sihir. Kita ni umat Islam memang selalu diuji dengan pelbagai dugaan dan rintangan. Ingat tak janji Iblis kepada Allah?Ingat tak? Emm..Dia dahn berjanji dengan Allah yang dia akan berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan umat Islam sehinggalah hari kiamat nanti.


So, sebagai hamba Allah yang kerdil ni, kita kadang-kadang tak kuat. Tak mampu untuk menepis godaan si syaitan ni. Kadang-kadang kita yang bagi peluang anak syaitan, encik syaitan, datuk syaitan, tan sri syaitan, dan segala macam syaitan untuk mendekati kita.


Satu lagi, walaupun zaman kita ni dah zaman milenium tapi jangan tak tahu ye kawan-kawan masih ada lagi amalan khurafat ni. Makin ramai manusia yang suka sihir menyihir ni. Pantang nampak si kawan tu lebih sikit, mulalah dia jumpa bomoh, suruh sihirkan si kawan dia tu. Yang penting semua pesaing and penghalang dia untuk berkuasa di muka bumi ini dapat dihapuskan dengan segeranya. So itu salah siapa?Salah siapa si hamba Allah itu jadi macam tu? Salah Jin ok. Jin dah berjaya menguasai dia sampai dia tak mampu fikir mana yang baik dan buruk.


Untuk mengelakkan daripada terkena sihir atau nak bagi si jin tu panas dari dekat dalam diri kita, marilah kita sama-sama bina benteng diri yang paling kuat. Biar si raja syaitan tu takut nak dekat dengan kita. Oh ya, amalkan sekali ayat surah Yunus ni. InsyaAllah, boleh bantu kita daripada diganggu oleh musuh Allah. Amiiin


 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُمْ بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللَّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللَّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ (81) وَيُحِقُّ اللَّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ (82)
[Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir, sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan (81). "Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa" (82).]
-Surah Yunus Ayat 81 dan 82-
p/s: Amalkanlah selepas setiap kali solat sebaik-baiknya 7 kali. Lagi banyak lagi bagus. Sekarang ni, kita dan amalan kita je yang boleh membantu diri kita. (Nasihat dekat diri sendiri sebab selalu lalai). Ingat don't despair and loose your hope. Because Allah is always by your side (Tetibe copy lagu Maher Zain pulak). Berusaha ok untuk berubat. Teruskan berusaha jangan mengalah. 




Sunday, 21 October 2012

Garapan daripada blog Life On the Moon :)

Kenangan kita

Kalau nak tahu apa kandungan dalam entry ni...just go to this blog, Life On the Moon :): Datins Club :). Cerita masam manis masin and pahit di uitm shah Allah. Watch out.


H.O.M.E.S.I.C.K


Rumahku syurgaku :) Ini bukan rumah aku ok. Ni play house



Assalamualaikum semua. Hari ni tetibe tergerak hati nak cerita pasal penyakit and sindrom yang dah lama aku alami and sampai sekarang virus homesick ni still tak boleh hilang dalam diri ni. DAH SEBATI ok uolz...Nasiblah kannn...Walaupun pernah duduk sekolah berasrama penuh dulu tapi tak tahu kenapa rasa susah sangat nak adapt kat tempat baru. Apasal ek? Ada tak tips yang boleh hilangkan perasaan homesick ni?Help me!!


Masalahnya kalau pergi travel  lama-lama pun boleh homesick. Tak paham ok..Kawan aku siap pernah cakap 'Nanti kau akan kahwin gak!!So belajar-belajarlah hidup berjauhan dengan family'..Ok,lebih kuranglah ayat dia macam tu tapi aku paraphrase sikitlah. Memang taklah aku nak hafal sebijik-sebijik ayat dia kan...hehehehe....


Tapi yang menjadi persoalan aku sampai sekarang ialah kenapa adik-adik aku pun berpenyakit macam aku ni...Adoiii, baru aku nak berguru dengan adik-adik aku untuk belajar hilangkan penyakit 'homesick' ni. Tetibe dorang pun dah termenjangkit sekali. Mungkin ini penyakit keluarga kot...


Adik aku yang perempuan tu jangan ceritalah kan. Dia hanya berjaya duduk 2 minggu je kat mrsm serting. Lepas tu, dia dah meronta-ronta nak sekolah dekat dengan rumah..So kat situ dah boleh nampak yang dia memang tak boleh berpisah dengan rumah kesayangan dia. Tapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya, nak tak nak dia kena belajar dekat Australia. Yalah, rezeki tak boleh tolakkan adikku sayang, so homesick kena tolak ketepi ya. Tuntutlah ilmumu itu sampai ke negara cina ye dik. 3 tahun dia kat sana, setiap tahunlah dia balik and boleh dikatakan bila cuti je dia balik. Nasib baik Ausie tu jauh kalau macam dekat Shah Alam je ni, confirm tiap-tiap hari dia balik.


Ok, itu kisah adik perempuan aku. Ni satu lagi kes terpencil yang tak semua orang hadapi kecuali adik laki aku. Dia sekarang belajar dekat UIA Petaling Jaya. Dapat course ScienceBio tapi dia sanggup mintak tukar sebab dia taknak pergi Kuantan. Nak belajar dekat UIA Gombak je. Almaklumlah dekat dengan rumah. Tapi aku setuju la dia nak tukar course tu sebab sekarang course economy market tinggi gak la.Hopefully dia dapat tukar..Amiin.


Adik aku yang no 3 tu pun belajar dekat je. Dulu dia dapat study kat Perak, babah aku dah call suruh belajar dekat rumah. So sekarang dia kerja sambil belajar. Memang hari-harilah duduk rumah kan. Home sweet home la katakan..


Nasib baik, adik kembar aku tak belajar jauh lagi. Tapi babah aku dah ada niat dah nak hantar dorang belajar kat tahfiz. Maybe tahun depan. So buat masa sekarang, aku nampak dorang macam teruja nak belajar sana tapi tak tahulah nanti kat sana macam mana kan?Entah-entah alami sindrom yang sama dengan kakak-kakak and abang-abang dia. Bak kata pepatah Melayu "ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan"?hehehehe...


p/s: Bagi akulah kan...Lebih baik jadi anak yang suka duduk rumah dari suka merayau. Faham-faham jelah kehidupan dekat luar tu bahaya. Macam-macam gejala sosial kita boleh terjebak. So pandai-pandailah jaga diri ye. Iman tak kuat memang confirm akan terpengaruh. Mari sama-sama kita kuatkan jati diri kita ye kawan-kawan.




Saturday, 20 October 2012

Jangan Menunggu

"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebaikan serta saling berpesan (menasihati) untuk kebenaran & saling menasihati dengan kesabaran." [AL-Asr (103) :1-3]

Setiap kali meeting keluarga, babah selalu pesan, 'Ingat, kita hidup dekat dunia ni hanya 2 jam je jika nak dibandingkan dengan kehidupan akhirat yang kekal selama-lamanya'. Setiap kali teringat pesanan babah tu, automatik hati ni terdetik, 'Cukuplah dengan segala apa yang kumiliki. Segala-galanya itu hanyalah milik Allah'.

Selagi kita hidup ni, buatlah kebaikan sebanyak yang mungkin. Kurangkan bergosip (nasihat untuk diri sendiri) dan persiapkanlah diri kita dengan kehidupan di 'sana'. Kita tak pernah tahu bila kita akan menemui pencipta kita. Perasan tak, kita selalu nak nampak cantik bila berhadapan dengan orang tapi kita lupa sepatutnya kecantikan itu adalah untuk Allah. Malukan?Kita lebih obses dengan kata-kata pujian daripada manusia lain berbanding menjadi pilihan hati sang pencipta langit dan bumi.

Sementara kita masih diberi peluang untuk bernafas, gunakanlah ia sebaik-baiknya. 12 kata 'Jangan Menunggu' yang perlu kita hindari untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat :

1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum tapi tersenyumlah maka kamu akan bahagia

2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah tapi bersedekahlah maka kamu akan semakin kaya

3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak tapi bergeraklah maka kamu akan termotivasi

4. Jangan menunggu dipedulikan orang  baru kamu peduli tapi pedulilah orang lain maka kamu akan dipeduli

5. Jangan menunggu orang memahami kami baru kamu memahami dia tapi fahamilah orang itu, maka orang itu akan memahami kamu

6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis tapi menulislah maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu

7. Jangan menunggu projek, baru bekerja tapi bekerjalah maka projek akan menunggumu

8. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi rezeki lain turut datang

9. Jangan menunggu dicintai baru mencintai tapi belajarlah mencintai maka kamu akan dicintai

10. Jangan menunggu contoh, baru bergerak mengikuti tapi bergeraklah maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti

11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur tapi bersyukurlah maka bertambah kejayaanmu

12. Jangan menunggu boleh baru melakukan tapi lakukanlah dengan segera. Maka kamu pasti boleh!

p/s: semoga Allah memberkati kita semua.Amiin





Tuesday, 16 October 2012

AKU, DIA DAN TONG SAMPAH

Ok, title ni tak ada kena mengena dengan aku. LANGSUNG tak ada ok...Sebenarnya hari ni, aku nak cerita pasal cerita Melayu yang diberi judulnya "Aku, Dia Dan Tong Sampah". Tajuk dia macam tak senonoh kan?Kenapalah nak kaitkan kisah percintaan dua hati dengan tong sampah...

Haish haish...Tong sampah tu kan benda kotor, kenapalah nak samakan dengan benda yang paling suci dekat dunia ni...Ehh, dont judge a book by its cover ok..Tajuk tak melambangkan yang cerita tu hampeh ok..

Ohhh tetibe teringat pulak!!!Cakap pasal benda paling suci ni, aku teringat dengan kawan sekelas aku..Nama dia??Jeng jeng jeng...DIRAHSIAKAN...hehehehe...Dia selalu tanya aku time dalam kelas, "Shera kau tau tak apa yang paling suci dekat dunia ni?" Hah??Motif ok, soalan dia tu...Dalam kelas, boleh pulak kau tanya soalan macam tu kan....

As usual, aku akan jawab "EHHHH!!!MOTIFLAH KAU NI..JENGKEL BETUL KAU NI"...Belum sempat aku jawab soalan dia, dia terus jawab "Shera, CINTA anugerah yang paling suci dekat dunia ni"...OH NOOOO!!!Geli ok kawan dengan statement berani mati kau tu....

Emmm...Sebenarnya betullah apa yang kawan aku tu cakap. Cinta memang boleh mengubah seseorang. Dari yang malas terus jadi bertambah-tambah rajin bila dah angau bercinta..Betul tak? kalau korang tak percaya, tengok kawan-kawan korang. Dari malas nak senyum tapi sekarang dah pandai senyum. Selalu pulak tu. Kadang-kadang senyum sorang-sorang bila dapat messag..

Hish, tak naklah cerita pasal cinta ni sebab aku pun bukannya pakar sangat bab-bab cinta ni....
Kita straight to the point je...Korang pernah rasa nervous tak bila nak berdepan dengan orang. Pernah tak korang rasa, adoiii malulah nak cakap dengan dia tu..Dah la cantik..aku ni buruk..Tak layaklah nak cakap dengan dia..

Eh eh..Kenapa korang cakap macam tu?Berdosa tau..Ok, aku faham kalau ada sesiapa yang pernah rasa macam tu. Aku pun pernah jugaklah rasa macam tu..Self-esteem aku memang lowww sangattt.....Tapiiiii....Semuanya mula berubah bila aku tengok cerita "AKU, DIA DAN TONG SAMPAH". 

Cerita ni dah berjaya buka mata aku besar-besar yang sebenarnya kita tak perlu takut nak melontarkan segala isi perut,luahan hati kita and semuanyalah dekat siapa-siapa. Kau tak perlu takut dengan pendapat orang lain tentang apa yang kau cakap. Tak semestinya apa yang orang cakap tu betul kan..

 So, yang penting kau berani untuk meluahkan pendapat kau. Jangan jadi penakut ye kawan-kawan. Berani cakap belakang. Itu tak gentle ok.. Tapi kalau orang bagi pendapat yang betul, kita kena terima. Jangan bodoh sombong pulak. Cerita "AKU, DIA DAN TONG SAMPAH" ni memang lain dari cerita Melayu lain. Cerita ni dahlah sempoi..Bersesuaianlah dengan jiwa remaja macam aku ni. 

Kalau korang rasa sedih and rasa macam tak bersemangat untuk hidup, go and watch this movie. Kau akan rasa betapa membazirnya kau biarkan sisa-sisa hidup kau dengan memikirkan yang hidup kau ni tak sempurna macam orang lain. Kau silap besar kalau kau fikir macam tu..Kau adalah sempurna ok....Tengoklah cerita ni ok...Ada Beto Kushairi and Siti Saleha. Gandingan yang sangat serasi ok.....:)


p/s: Ok, ni cover cerita Aku, Dia & Tong Sampah..Aku sediakanlah sekali gambar Beto dengan Siti Saleha. Cantik sangat Siti Saleha ni..Kalau korang nak tahu, aku tengok cerita ni banyak kali ok...Bila aku rasa down je, aku tengok cerita ni...Sambil-sambil tengok cerita tu, berzikirlah sekali....Kalau korang berzikir, confirm korang akan rasa tenang and rasa bersyukur sangat sebab Allah jadikan korang sesempurna ciptaan :)



PERSEPSIKU TERHADAP KOREA

Wah nampaknya demam KPOP belum surut lagi!!Gangnam style la pulak muncul..aku??aku tak adalah
obses sangat dengan KPOP ni..Tapi kalau Jepun tu, aku memang sukaaa sangatt ok..aku bukan suka orang dia ok...bukan artis dia tapi aku suka budaya hidup orang dekat sana..insyaAllah, suatu hari nanti, aku akan jejakkan kaki di bumi Jepun yang penuh dengan tradisinya...nak tengok sekali train yang jadikan kucing sebagai manager tu...TAMA nama kucing tu.....hehehe...(tetibe cerita pasal jepun...tak synchronise betul dengan tajuk aku)...Jap ye kawan-kawan, nak berangan pergi Jepun kejap...


TARAAAA..ni la TAMA...COMEL KAN??

Ok la, sekarang aku nak cerita pasal KOREA...sebenarnya aku tak pernah rasa nak pergi Korea..opss tu tipulah tak pernah..pernah la rasa nak pergi Korea..semua orang suka kan bercuti..tapi aku tak adalah eager sangat nak pergi Korea..biasa-biasa je..sebab setahu aku, orang nak pergi Korea ni sebab nak jumpe artis Kpop. Masalahnya artis KPOP pun aku tak kenal so macam manalah aku rasa nak jumpa dorang kan??kalau big bang, budak-budak running man tu aku kenal la..Artis lain??Sorry sangat-sangat akak tak berapa nak kenal....Ok, nak dijadikan cerita, tetibe adik aku yang memang minat dengan Kpop (dululah sekarang dia tak mengaku dia minat Kpop) ajak aku pergi Korea...Dup dap dup dap aku nak bagi jawapan dekat dia masa tu. Memandangkan muka adik aku masa tu macam mengharap sangat nak bercuti dengan aku so aku pun say "Yes, sister!!". ok, aku rasa aku kena stop sampai sini...nanti aku ceritakan pengalaman aku dekat sana pada masa dan waktu yang akan datang ya..sekarang aku ada kerja sikit...sebelum tu, korang layan la beberapa gambar yang aku amik dekat Korea..banyak lagi gambar yang cantik ye..
OK, NI SUNGAI KAT JEJU ISLAND..AKU LUPA NAMA TEMPAT NI..TAPI  SUBHANALLAH, CANTIK SANGAT..AIR WARNA TURQOISE OK..LAWAAA.....TERPEGUN AKU SEKEJAP DENGAN ANGIN SEPOI-SEPOI BAHASA

OK, NI GAMBAR APA EK??OHH NI AIRPORT KOREA..TAPI BUKAN INCHEON AIRPORT OK..NI AIRPORT DEKAT JEJU..AFTER 5 HARI DEKAT SEOUL THEN AKU TERBANG PERGI JEJU ISLAND..NAK TENGOK SCENE 'MY GIRL'. INCHEON AIRPORT TAK SEMPAT NAK AMIK GAMBAR SEBAB AKU DAH MABUK KAPAL TERBANG TIME TU...


*OK, 2 GAMBAR JE YANG AKU BOLEH TUNJUK BUAT MASA SEKARANG SEBAB SUSAH NAK UPLOAD GAMBA...MEMANDANGKAN AKU ADA HAL SEKARANG SO AKU KENA PERGI DULU..BYE..NANTI KITER JUMPA LAGI...:)