Sunday 28 July 2013

Kasih dan Setianya...

Assalamualaikum....

Ya Allah, mengantuk sebenarnya sekarang. Now, dah pukul 1.50 pagi. And hari ni merupakan 10 malam terakhir Ramadan. Ya Allah, how time flies. Ramadan...Semoga tahun depan kita jumpa lagi. Amiin. Cepat sangat masa berlalu. Tak silap aku, aku pernah dengar. Tanda-tanda hari kiamat akan berlaku bila masa tu rasa macam sekejap je. Inilah yang kita rasa sekarang. Dulu, time kecik2, aku rasa lambat je masa berjalan. Sampai buat macam-macam nak tunggu buka puasa. Pergi main buaian la, tengok tv la, main masak-masak dan lain-lain. Cepatnya masa berjalan. Cepat sangat. MasyaAllah.

Kadang-kadang aku merenung diri aku. Aku cermin diri aku. Aku semak diri aku. And for sure aku cuba mengaudit diri aku. Kadang-kadang sedih dengan diri sendiri. Aku mudah rasa kecewa dan sedih bila orang2 yang aku sayang. Yang aku jaga bagai menatang minyak yang penuh. Konon2lah aku banyak berkorban. Hehe.. Bila orang yang aku dah buat macam-macam tapi tak pernah hargai aku. Ya Allah, mulalah aku rasa sedih yang teramat-amatnya. Frust menonggeng habis. Aku rasa dorang tak hargai aku. Dorang tak nampak ker pengorbanan aku. Dorang ni tak kenang budi. Dorang ni seperti kacang lupakan kulit. N bla bla bla....

Tapi cuba kau tanya diri kau. Ya Rasulullah, maafkan aku. Keji dan hinanya aku. Aku harapkan kasih sayang orang lain. Tapi aku abaikan kau. Kau amat kasih pada umat kau. Agak-agaknya, time hari akhirat nanti kau perasan aku tak, Ya Rasulullah. Malunya aku dengan kau. Mengharap kasih pada orang lain tapi aku lupa pengorbanan kau. Aku lupa, nanti time hari kiamat nanti, kau yang akan membantu aku. Kau yang akan memberi syafaat tapi bukan 'dia', 'mereka', 'anda', 'kamu' tapi our prophet, Muhammad S.A.W.

Kawan-kawan...cukup-cukuplah kita mengharapkan penghargaan sesama manusia. Jomlah kita hargai pengorbanan kekasih kita. Sebelum baginda menutup matanya buat kali terakhir. Baginda masih memikirkan kita. Jika boleh, baginda mahu merasai semua kesakitan sakratul maut supaya kita semua tak merasa kesakitan itu. Lihatlah, betapa kasihnya baginda terhadap kita. Tapi kita? Kata cintakan Rasulullah. Tapi kita jarang sekali selawat kepadanya. Kata Rasulullah idola kita. Tapi? Perangai kita langsung tak mencontohi idola kita. Memaki hamun, membuka keaiban orang, bergosip sana sini, bercakap bohong, riak, ujub, takbur...Memang kontra habis. Kata nak berjuang habis-habisan demi menegakkan syiar Islam. Tapi kita? Sayang, kita ikutkan ego kita. Sampai habis musnah benteng silaturrahim kita sesama umat Islam. Betapa sukarnya Rasulullah menyatukan kaum Ansar dan Muajirin. Tapi kita? Semudah itu berpecah belah. Renung-renungkanlah. Siapalah kita nanti di mata Rasulullah. Satu hari yang dijanjikan, adakah kita dijemputnya nanti untuk masuk ke syurga?




Tuesday 16 July 2013

Mengapa yang Syahid, Qari dan Kaya ke neraka?

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulilah, kita masih lagi di bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadan Al-Mubarak. Jom kita sama-sama lipat-gandakan amalan ibadah kita. InsyaAllah. Manalah tahu, tahun ni merupakan Ramadan kita yang terakhir. Tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Untuk ke sejuta kalinya, aku teringat kata-kata dan nasihat 'seseorang' kepada aku. Aku memang suka menulis. Dan kerjaya aku pun ada kena mengena dengan penulisan. So, ayat-ayat manis ni la yang selalu dia pesan kepadaku, 'U, bila u menulis, tulislah benda yang boleh memberikan manfaat kepada u. Betul tak i cakap, malaikat akan catat dosa dan pahala u melaui seberapa banyak orang baca penulisan u tu'. (Ok, again my words ke laut)...Speechless dengan ayat sendiri. hehe..Ok, jom straight to business...kita lupakan sekejap nasihat 'seseorang' itu..Hari ni, ada satu cerita best yang harus dan wajib dikongsikan dengan u all semua...Kisah 'Mengapa yang Shahid, Qari dan kaya ke neraka?'

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:
'Sesungguhnya di antara manusia yang mula-mula dibicarakan dan dihukum pada hari kiamat ialah: Pertama: orang yang gugur syahid-dia dibawa menghadap, maka Allah menyatakan kepadanya satu persatu nikmat-nikmatNya (yang diberikan semasa hidupnya) lalu dia mengakui menerimanya, Allah bertanya kepadanya, 'Maka apa yang telah engkau lakukan pada nikmat-nikmat itu?' Dia menjawab: 'Aku berperang kerana mematuhi perintah-Mu sehingga aku gugur syahid'. Allah Taala berfirman: 'Engkau berdusta!Engkau berperang supaya orang mengatakan: 'Engkau berani, dan telah pun dikatakan yang demikian. Kemudian, dia dihukum lalu diseret dengan tertiarap sehingga dia dihumbankan ke dalam neraka.

Kedua, orang yang mempelajari ilmu dan mengajarkannya serta membaca al-Quran-dia dibawa menghadap, maka Allah menyatakan kepadanya nikmat-nikmatNya satu persatu, lalu dia mengakui menerimanya, Allah bertanya kepadanya, 'Maka apa yang telah engkau lakukan pada nikmat-nikmat itu?' Dia menjawab, 'Aku mempelajari ilmu dan mengajarkannya, serta membaca al-Quran kerana mengharap keredhaanMu. Allah berfirman: Engkau berdusta! Engkau mempelajari ilmu supaya orang mengatakan engkau alim dan engkau membaca Quran supaya orang mengatakan 'Si anu seorang Qari, maka telah pun dikatakan yang demikian'. Kemudian, dia dihukum lalu diseret dengan tertiarap, sehingga dia dihumbankan ke dalam neraka.

Dan ketiga, orang yang telah dimewahkan Allah hidupnya serta diberinya sebahagian dari segala jenis harta benda kekayaan-dia dibawa menghadap, maka Allah mengatakan kepadanya nikmat-nikmatNya satu-persatu lalu dia mengakui menerimanya, Allah bertanya kepadanya 'Maka apa yang telah engkau lakukan pada nikmat-nikmat itu?' Dia menjawab, 'Aku tidak tinggalkan satu jalan pun di antara jalan-jalan yang engkau suka dibelanjakan kekayaan itu padanya melainkan engkau belanjakan padanya kerana mengharapkan rahmatMu'. Allah berfirman: 'Engkau berdusta! Engkau belanjakan harta kekayaanmu supaya orang mengatakan 'Si anu seorang dermawan, maka telah pun dikatakan yang demikian.' Kemudian dia dihukum lalu diheret dengan tertiarap, akhirnya dia dihumbankan ke dalam neraka' (HR Muslim, Tirmizi, al-Nasa'i)

Penerangan hadis: Allah S.W.T memberikan kepada kita nikmat-nikmat jasmani, rohani dan kebendaan yang tidak terhitung. Hadis di atas menerangkan perihal manusia yang diberikan pelbagai nikmat itu, kesihatan dan kekuatan tubuh, ilmu pengetahuan dan amal ibadat serta wang dan harta kekayaan. Namun, jauh di sudut hati, mereka tidak bersyukur dengan nikmat-nikmat yang diberikan Allah S.W.T. Mereka tidak ikhlas, malah menyalahgunakannya untuk mendapat nama dan pujian manusia. Di sisi Allah, mereka berhak ditimpakan azab.

Nilai Sekeping Wang Kertas

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah, Allah masih memberi peluang kepada kita semua untuk merasai lagi bulan Ramadan. Bulan yang penuh barakah. Alhamdulilah.Alhamdulilah.Alhamdulilah. Ya Allah, dah lamanya aku tak update blog aku ni. Alhamdulilah, sekali lagi Allah bagi aku peluang untuk melalui bulan Ramadan ni dengan ketenangan atau erti kata lain bebas daripada 'urusan dunia'. Alhamdulilah, aku akhirnya bebas daripada ke'busyan' 6 bulan yang lalu sebab busy dengan belajar dan kerja. Kelam kabut tu dah jadi one of my characters untuk 6 bulan yang lalu. Tapi Alhamdulilah, Allah nak aku dekat dengan Dia, so Dia bagi rezeki yang aku tak pernah sangka iaitu cuti semester. Alhamdulilah, so aku ada masa untuk mengisi malam-malam Ramadanku. Ok, sebenarnya, hari ni aku nak kongsi satu cerita. Cerita ni memang luar biasa dan InsyaAllah boleh sama-sama memberikan iktibar kepada kita semua. InsyaAllah.

NILAI SEKEPING WANG KERTAS


'Nilai Sekeping Wang Kertas'. Ya, inilah ceritanya. Diandaikan dua keping wang kertas berlainan nilai iaitu wang kertas RM 1 dan RM 100. Andaikan mereka pernah hidup bersama, kemudian dikeluarkan, terpisah dan bertemu semula. Disebabkan lama terpisah, mereka pun berbual-bual dan bertanyakan antara satu sama lain tentang pengalaman yang dilalui sepanjang tidak bertemu.

Dengan nada sinis wang RM 100 bertanya kepada wang RM 1: 'Kenapa badan kamu kelihatan begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?' Mendengar pertanyaan tersebut, dengan sedihnya wang RM 1 menjawab, 'macam mana aku tak lusuh dan berbau hamis, sebaik sahaja aku keluar dari bank, ak terus ke tangan buruh binaan, penjaja tepi jalan, penjual ikan dan akhirnya jatuh ke tangan pengemis.'

Lalu wang RM 1 bertanya balik kepada wang RM 100, 'kamu pula, kenapa kelihatan masih baru, rapi dan bersih seolah-olah tidak terusik?' Dengan bangganya RM 100 menjawab, 'Manakan tidak, sebaik sahaja aku keluar dari bank, aku terus disambut oleh perempuan cantik, dan beredarnya pula di kedai-kedai dan restoran-restoran yang mahal, di kompleks membeli-belah dan juga di hotel-hotel besar serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet'.

Wang RM 1 mendengar jawapan daripada sahabatnya itu dengan tenang. Kemudian wang RM 1 bertanya lagi, 'Pernahkah engkau berada di tempat-tempat ibadah?' Terkedu seketika wang RM 100 mendengar pertanyaan tersebut, lalu menjawab: 'Ahh..belum pernah'. Lalu wang RM 1 pun berkata lagi. 'Ketahuilah sahabatku, walaupun nilai aku cuma RM 1, tetapi aku selalu berada di tempat-tempat ibadah dan beredar dari tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin, namun tidak sedikit pun aku mengeluh, bahkan aku selalu bersyukur kerana walaupun nilaiku kecil tapi manfaatku yang aku sumbang sangat besar.

Lantas menangislah wang RM 100 setelah mendengar kata-kata daripada sahabatnya itu kerana dia merasakan diri dia sangat besar, hebat dan tinggi rupa-rupanya dirinya tidak begitu bermanfaat selama ini.

Jom kita fikir sejenak. Audit balik diri kita. Allah bagi kita kudrat untuk bekerja dan kita memperolehi rezeki yang melimpah ruah hasil daripada kudrat yang dikurniakan Allah. Tapi, kita ingat tak janji kita dengan Allah. Rezeki yang kita perolehi itu bukan hak milik kita semata-mata. Tapi hakikatnya separuh dari rezeki kita seharusnya dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Lagi satu, jangan sesekali kita ukur berapa besar hasil pendapatan kita, tetapi ukurlah berapa manfaat hasil pendapatan kita perolehi untuk digunakan ke arah kebaikan. Dan ingatlah bahawa kekayaan bukanlah untuk kesombongan :)