Tuesday, 14 April 2015

Sabar!Allah itu ada :)

Allah aku tahu Kau sayangkan aku. Aku yakin itu. Mana ada cinta yang seagung cinta kau kepada hambaNya. Kuatkan aku untuk hadapi ujian ini ya Allah. Kuatkan jiwa aku. Jangan biarkan aku lemah dengan kebahagian dunia yang sementara. Maafkan aku kerana lalai kepadaMu. Ya Allah, sedih sangat bila berdepan dengan ujian sebegini. Rasa nak balas semua kekejaman manusia yang tak berperikemanusian itu. Tapi percayalah balasan Allah itu lebih hebat. Aku letakkan sepenuhnya harapan dan penyerahan aku kepadaMu ya Allah. Kuatkanlah aku ceriakanlah aku supaya ak tidak nampak lemah di hadapan mereka yang menyayangi aku. Ya Allah lupakan semua yang terjadi. Kau didik hatiku untuk melepaskan semua yang ada di dunia ini. Ajar aku untuk redha dan seredhanya. Destinasi terakhirku bukan di sini tapi di sana. Moga2 aku ditempatkan dI tempat yang terbaik. Amiin...