So, sebagai hamba Allah yang kerdil ni, kita kadang-kadang tak kuat. Tak mampu untuk menepis godaan si syaitan ni. Kadang-kadang kita yang bagi peluang anak syaitan, encik syaitan, datuk syaitan, tan sri syaitan, dan segala macam syaitan untuk mendekati kita.
Satu lagi, walaupun zaman kita ni dah zaman milenium tapi jangan tak tahu ye kawan-kawan masih ada lagi amalan khurafat ni. Makin ramai manusia yang suka sihir menyihir ni. Pantang nampak si kawan tu lebih sikit, mulalah dia jumpa bomoh, suruh sihirkan si kawan dia tu. Yang penting semua pesaing and penghalang dia untuk berkuasa di muka bumi ini dapat dihapuskan dengan segeranya. So itu salah siapa?Salah siapa si hamba Allah itu jadi macam tu? Salah Jin ok. Jin dah berjaya menguasai dia sampai dia tak mampu fikir mana yang baik dan buruk.
Untuk mengelakkan daripada terkena sihir atau nak bagi si jin tu panas dari dekat dalam diri kita, marilah kita sama-sama bina benteng diri yang paling kuat. Biar si raja syaitan tu takut nak dekat dengan kita. Oh ya, amalkan sekali ayat surah Yunus ni. InsyaAllah, boleh bantu kita daripada diganggu oleh musuh Allah. Amiiin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُمْ بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللَّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللَّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ (81) وَيُحِقُّ اللَّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ (82)
[Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir, sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan (81). "Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa" (82).]
-Surah Yunus Ayat 81 dan 82-
p/s: Amalkanlah selepas setiap kali solat sebaik-baiknya 7 kali. Lagi banyak lagi bagus. Sekarang ni, kita dan amalan kita je yang boleh membantu diri kita. (Nasihat dekat diri sendiri sebab selalu lalai). Ingat don't despair and loose your hope. Because Allah is always by your side (Tetibe copy lagu Maher Zain pulak). Berusaha ok untuk berubat. Teruskan berusaha jangan mengalah.