Saturday, 5 September 2015

Shawl Meletup Kebabom

Assalamualaikum uolsss...Nak tampil cantik menawan...jom penuhkan almari anda dengan shawl baru dari #INSignature.....weols tak nak banyak cakap...cepat whatsapp 0192241325...siapa cepat dia dapat ;))


P/s : design baru akan diupdate nanti.mmtunggu....

Saturday, 20 June 2015

Printed Wide Shawl Murah!

PRINTED WIDE SHAWL

Material: High Quality Chiffon
Size : 1.8m x 0.72m
Price : RM 30 (1 piece)/ RM 100 (4 pieces)
Features: Easy to wear & shape
Postage : RM 6 (SM) / RM 10 (SS)
Whatsapp : 017 3270434, 0192241325

Tuesday, 14 April 2015

Sabar!Allah itu ada :)

Allah aku tahu Kau sayangkan aku. Aku yakin itu. Mana ada cinta yang seagung cinta kau kepada hambaNya. Kuatkan aku untuk hadapi ujian ini ya Allah. Kuatkan jiwa aku. Jangan biarkan aku lemah dengan kebahagian dunia yang sementara. Maafkan aku kerana lalai kepadaMu. Ya Allah, sedih sangat bila berdepan dengan ujian sebegini. Rasa nak balas semua kekejaman manusia yang tak berperikemanusian itu. Tapi percayalah balasan Allah itu lebih hebat. Aku letakkan sepenuhnya harapan dan penyerahan aku kepadaMu ya Allah. Kuatkanlah aku ceriakanlah aku supaya ak tidak nampak lemah di hadapan mereka yang menyayangi aku. Ya Allah lupakan semua yang terjadi. Kau didik hatiku untuk melepaskan semua yang ada di dunia ini. Ajar aku untuk redha dan seredhanya. Destinasi terakhirku bukan di sini tapi di sana. Moga2 aku ditempatkan dI tempat yang terbaik. Amiin...

Thursday, 9 April 2015

Assalamualaikum. Lamanya tak conteng dekat blog kesayangan hamba. So entry untuk hari ni 'memaafkan dan melupakan'. Entry kali ni sangat bermakna..moga-moga entry kali ni mampu mengajar kita mengubati hati kita yang sakit ni ye..susahkan nak maafkan orang yang dah buat kita rasa sakit hati sangat. Lebih2 lagi orang tu orang yang paling kita percaya dan orang tu la yang mengkhianati kita. Sakit..i know sakit sangat. Itulah yang saya rasa dulu. Sekarang pun sakit itu masih ada. Puas saya cakap dengan diri sendiri 'Ya Allah ada ker manusia yang sanggup buat macam ni. Tak rasa bersalah ker buat macam tu?'...setiap pagi saya bangun saya terpaksa kuatkan hati and semangat saya. Saya kena kuat untuk berdepan dengan realiti di mana saya dizalimi. Puas orang-orang sekeliling saya yang saya sayangi kata 'shera ambiklah cuti. Macam mana kau boleh kuat hadapi semua ni'. Kuat?Pura-pura kuat sahabat-sahabatku. Ada tanggungjawab  yang harus diselesaikan. Waktu tengah sedih ni la waktu yang paling kusyuk kita berdepan dengan sang Pencipta. Serius, bersyukur sangat hadapi ujian sebegini. Someone once said to me.'shera hadap. semua masalah tu sementara. Bila kau kuat Allah akan gantikan yang jauh lebih baik'. Ya, saya yakin dengan janji itu. Itu janji Allah. Janji Dia pasti. Bahagia itu akan datang. Moga2 bahagia itu tidak melalaikan malah mendekatkan lagi diri ni kepada Allah yang satu. Opss sori tercerita banyak pasal rasa sedih itu. Susah nak maafkan orang. Lebih2 lagi orang yang buat kita sakit hati pun langsung tak minta maaf. Satu2 penipuannya terbongkar. Tapi yang sakit itu kita kan?apa kata kita bahagiakan diri kita daripada kita sengsarakan diri kita mengingati penganiayaan org pada kita. Biar Allah jalankan tugasNya. Hargai mereka yang benar2 ikhlas sayangkan kita. satu je bila saya sedih saya tak boleh tunjuk kat mereka yang menyayangi saya. Saya sedih mereka berganda sedih. Just relax. Dekatkan diri dengan Allah. Setiap orang layak untuk bahagia dengan cara mereka sendiri. Ada orang dia bahagia bila melihat orang lain Sedih. Itu cara mereka. Biarkan. Fikir kita semua layak untuk mengecapi kebahagiaan. Maafkan walaupun susah. Ada ganjarannya nanti. Tak di sini mungkin di sana. Amiiin...#ingat mereka yang menzalimi kita itulah salah satu faktor yang akan membuatkan kita lebih berjaya dari hari ni. Muhasabah diri k.sayangilah dirI anda :)