Tuesday, 14 April 2015

Sabar!Allah itu ada :)

Allah aku tahu Kau sayangkan aku. Aku yakin itu. Mana ada cinta yang seagung cinta kau kepada hambaNya. Kuatkan aku untuk hadapi ujian ini ya Allah. Kuatkan jiwa aku. Jangan biarkan aku lemah dengan kebahagian dunia yang sementara. Maafkan aku kerana lalai kepadaMu. Ya Allah, sedih sangat bila berdepan dengan ujian sebegini. Rasa nak balas semua kekejaman manusia yang tak berperikemanusian itu. Tapi percayalah balasan Allah itu lebih hebat. Aku letakkan sepenuhnya harapan dan penyerahan aku kepadaMu ya Allah. Kuatkanlah aku ceriakanlah aku supaya ak tidak nampak lemah di hadapan mereka yang menyayangi aku. Ya Allah lupakan semua yang terjadi. Kau didik hatiku untuk melepaskan semua yang ada di dunia ini. Ajar aku untuk redha dan seredhanya. Destinasi terakhirku bukan di sini tapi di sana. Moga2 aku ditempatkan dI tempat yang terbaik. Amiin...

Thursday, 9 April 2015

Assalamualaikum. Lamanya tak conteng dekat blog kesayangan hamba. So entry untuk hari ni 'memaafkan dan melupakan'. Entry kali ni sangat bermakna..moga-moga entry kali ni mampu mengajar kita mengubati hati kita yang sakit ni ye..susahkan nak maafkan orang yang dah buat kita rasa sakit hati sangat. Lebih2 lagi orang tu orang yang paling kita percaya dan orang tu la yang mengkhianati kita. Sakit..i know sakit sangat. Itulah yang saya rasa dulu. Sekarang pun sakit itu masih ada. Puas saya cakap dengan diri sendiri 'Ya Allah ada ker manusia yang sanggup buat macam ni. Tak rasa bersalah ker buat macam tu?'...setiap pagi saya bangun saya terpaksa kuatkan hati and semangat saya. Saya kena kuat untuk berdepan dengan realiti di mana saya dizalimi. Puas orang-orang sekeliling saya yang saya sayangi kata 'shera ambiklah cuti. Macam mana kau boleh kuat hadapi semua ni'. Kuat?Pura-pura kuat sahabat-sahabatku. Ada tanggungjawab  yang harus diselesaikan. Waktu tengah sedih ni la waktu yang paling kusyuk kita berdepan dengan sang Pencipta. Serius, bersyukur sangat hadapi ujian sebegini. Someone once said to me.'shera hadap. semua masalah tu sementara. Bila kau kuat Allah akan gantikan yang jauh lebih baik'. Ya, saya yakin dengan janji itu. Itu janji Allah. Janji Dia pasti. Bahagia itu akan datang. Moga2 bahagia itu tidak melalaikan malah mendekatkan lagi diri ni kepada Allah yang satu. Opss sori tercerita banyak pasal rasa sedih itu. Susah nak maafkan orang. Lebih2 lagi orang yang buat kita sakit hati pun langsung tak minta maaf. Satu2 penipuannya terbongkar. Tapi yang sakit itu kita kan?apa kata kita bahagiakan diri kita daripada kita sengsarakan diri kita mengingati penganiayaan org pada kita. Biar Allah jalankan tugasNya. Hargai mereka yang benar2 ikhlas sayangkan kita. satu je bila saya sedih saya tak boleh tunjuk kat mereka yang menyayangi saya. Saya sedih mereka berganda sedih. Just relax. Dekatkan diri dengan Allah. Setiap orang layak untuk bahagia dengan cara mereka sendiri. Ada orang dia bahagia bila melihat orang lain Sedih. Itu cara mereka. Biarkan. Fikir kita semua layak untuk mengecapi kebahagiaan. Maafkan walaupun susah. Ada ganjarannya nanti. Tak di sini mungkin di sana. Amiiin...#ingat mereka yang menzalimi kita itulah salah satu faktor yang akan membuatkan kita lebih berjaya dari hari ni. Muhasabah diri k.sayangilah dirI anda :)



Sunday, 16 November 2014

Yakin PadaNya

Assalamualaikum...

Selagi kita yakin pada Allah,
Kita takkan pernah ada rasa kecewa,
Jiwa pun akan tenang dan setenangnya


Monday, 1 September 2014

umma lacto khas untuk ibu2

Assalamualaikum. Mommies yang menyusukan baby. Mahukan susu badan yang melimpah ruah dan memudahkan baby untuk menikmati susu badan. Jangan risau, UMMA LACTO inshaAllah boleh membantu anda. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi SHERA (010-5400191).

Tuesday, 26 August 2014

Panorama Homestay Sentul Best!



Welcome home away from home! Suasana sangat tenang dan selesa. Murah pun murah. Servis pun terbaik. Kalau nak masak pun boleh sebab kat sini semua peralatan memasak ada. Nak basuh baju pun senang. Sebab m
Mesin basuh ada. Kalau malas nak sidai, boleh turun bawah. Pergi dobi. Ad dobi yang berdekatan. 1 malam rm 150. Berbaloi2...:)

Monday, 4 August 2014

Memerlukan Cikgu Tuisyen Bahasa Melayu?Sila hubungi 010-5400191

Kepada ibu bapa di luar sana yang memang tercari-cari cikgu tuisyen yang datang rumah untuk subjek Bahasa Melayu, English, Sains dan Matematik terutama untuk anak-anak mereka yang akan menduduki UPSR, PT3 dan SPM, anda boleh menghubungi Cikgu Nur Shahira (010-5400191) atau emel : (nurshahirashariff@gmail.com).

Kawasan-kawasan yang menjadi pilihan : Johor Bharu, Nusajaya


Thursday, 20 March 2014

Bersangka Baik DenganNya

Assalamualaikum wbt.

Wowww...dah lamanya Ya Allah tak menjengah kat blog ni..Rasa macam dah berkurun lamanya...hehe..Ok, sebenarnya aku ada assignments yang aku kena buat..tapi as usual, berehat 80 jam...Mengadap assignment 80 saat. Yes, itulah aku...Hati aku tetibe ye meronta-ronta nak membebel kat blog ni...So, hasillah satu entry baru hari ni...Ok, tajuk hari ni 'Bersangka baik denganNya'..Sebenarnya tajuk ni terhasil dari otak aku yang tak berapa nak genius ni bila aku perhatikan hidup orang sekeliling aku and hasil dari penceritaan mereka kat aku...

Bagi aku senang je hidup ni...Kadang2 kita berada di atas and kadang2 kita terjelepok jatuh ke bawah..So bila kau yang dulu kemain disanjung tinggi and sekarang jatuh tersungkur, salah siapa?Kau nak salahkan siapa?Diri kau ker? Sebab tak berhati-hati..Bodoh sangat ker kau ni?Ker kau nak salahkan family kau?Diorang yang penyebab kau jadi macam ni?Macam tu?Haaahh tak pun kau nak salahkan yang kat atas tu?Sebab Dialah yang Maha segalanya...Dia yang mengaturkan hidup kau....

Sebelum kau asyik berfikir kenapa kau jatuh...Kenapa kau yang selama ini tak ada siapa yang boleh menewaskan kau akhirnya jatuh juga..Aku sarankan baik kau pergi kat tepi pantai and then menjerit puas2...Confirm anak tekak kau terus tercabut..hahaha..jangan risau, aku pun kadang2 tak boleh menerima hakikat sekejap...Maklumlah kita kan manusia..Aku pun bukannya perfect sangat pun...huhuh

Wahai2 manusia2 sekalian...Kau tu semua hamba Allah..Bila kau hamba Allah, sudah semestinyalah kau diuji...hamba takkan hidup nak senang je..haruslah kena rasa sikit kecewa, hampa, sedih, down, dan ayat2 seangkatan dengannya...Kau tak payah malu kalau kau jatuh...kau hanya perlu sabar bila diuji and fikir jalan penyelesaian...Tak perlu risau, semua orang yang berjaya kat dunia ni, merasa nikmat kesusahan dulu ye...so, bila kau jatuh, jangan give up..bangkit...fikir ada hikmah di sebalik semuanya...kau teruskan berusaha...InsyaAllah, adalah hasilnya dan teruskan bersabar dan berdoa...hasilnya akan tiba...Bila kau dah berjaya..Tidur pun berbantalkan duit.kau bolehlah terus lupa diri ye..terus berlagak and maki hamun orang...Lepas tu, kau terus membazir beli itu ini...kau kaya kan?so suka hati kau la nak beli kedai kereta ker apa ker...ikut suka hati kau...sebab duit mampu membeli kebahagian..x ker cenggitu?

Hahaha...manusia selalunya begitulah..bila jatuh, bangun balik, berjaya. kemudian jatuh lagi..berjaya balik..jatuh balik...itulah manusia..tak nak belajar dari kesilapan and sejarah...jangan risau, aku pun kadang-kadang macam tu...so tak payah terasalah entry ni aku tuju kat korang sorang k..hehe...Tapi nasihat aku satu je...Hidup ni bersederhanalah..bila ujian datang, kau serahkan segalanya pada Allah..tugas kau hanya berusaha..jangan susah2 nak gantikan tempat Allah..Konon2 kau berusaha ni dapatlah berbilion ringgit...jangan fikir macam tu..sebab rezeki Allah itu berbeza2....Dia akan bagi rezekiNya..Tanpa kita sedar..teruskan membantu orang lain dan jangan sesekali cuba membalas balik kekejaman manusia kat kau..Sabar tapi berhati2..ALLAHKAN SENTIASA ADA...Sekian, wallahualam..:)