Kenangan kita
Kalau nak tahu apa kandungan dalam entry ni...just go to this blog, Life On the Moon :): Datins Club :). Cerita masam manis masin and pahit di uitm shah Allah. Watch out.
Sunday, 21 October 2012
H.O.M.E.S.I.C.K
Saturday, 20 October 2012
Jangan Menunggu
"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebaikan serta saling berpesan (menasihati) untuk kebenaran & saling menasihati dengan kesabaran." [AL-Asr (103) :1-3]
Setiap kali meeting keluarga, babah selalu pesan, 'Ingat, kita hidup dekat dunia ni hanya 2 jam je jika nak dibandingkan dengan kehidupan akhirat yang kekal selama-lamanya'. Setiap kali teringat pesanan babah tu, automatik hati ni terdetik, 'Cukuplah dengan segala apa yang kumiliki. Segala-galanya itu hanyalah milik Allah'.
Selagi kita hidup ni, buatlah kebaikan sebanyak yang mungkin. Kurangkan bergosip (nasihat untuk diri sendiri) dan persiapkanlah diri kita dengan kehidupan di 'sana'. Kita tak pernah tahu bila kita akan menemui pencipta kita. Perasan tak, kita selalu nak nampak cantik bila berhadapan dengan orang tapi kita lupa sepatutnya kecantikan itu adalah untuk Allah. Malukan?Kita lebih obses dengan kata-kata pujian daripada manusia lain berbanding menjadi pilihan hati sang pencipta langit dan bumi.
Sementara kita masih diberi peluang untuk bernafas, gunakanlah ia sebaik-baiknya. 12 kata 'Jangan Menunggu' yang perlu kita hindari untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat :
1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum tapi tersenyumlah maka kamu akan bahagia
2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah tapi bersedekahlah maka kamu akan semakin kaya
3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak tapi bergeraklah maka kamu akan termotivasi
4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli tapi pedulilah orang lain maka kamu akan dipeduli
5. Jangan menunggu orang memahami kami baru kamu memahami dia tapi fahamilah orang itu, maka orang itu akan memahami kamu
6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis tapi menulislah maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu
7. Jangan menunggu projek, baru bekerja tapi bekerjalah maka projek akan menunggumu
8. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi rezeki lain turut datang
9. Jangan menunggu dicintai baru mencintai tapi belajarlah mencintai maka kamu akan dicintai
10. Jangan menunggu contoh, baru bergerak mengikuti tapi bergeraklah maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti
11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur tapi bersyukurlah maka bertambah kejayaanmu
12. Jangan menunggu boleh baru melakukan tapi lakukanlah dengan segera. Maka kamu pasti boleh!
p/s: semoga Allah memberkati kita semua.Amiin
Tuesday, 16 October 2012
AKU, DIA DAN TONG SAMPAH
Ok, title ni tak ada kena mengena dengan aku. LANGSUNG tak ada ok...Sebenarnya hari ni, aku nak cerita pasal cerita Melayu yang diberi judulnya "Aku, Dia Dan Tong Sampah". Tajuk dia macam tak senonoh kan?Kenapalah nak kaitkan kisah percintaan dua hati dengan tong sampah...
Haish haish...Tong sampah tu kan benda kotor, kenapalah nak samakan dengan benda yang paling suci dekat dunia ni...Ehh, dont judge a book by its cover ok..Tajuk tak melambangkan yang cerita tu hampeh ok..
Ohhh tetibe teringat pulak!!!Cakap pasal benda paling suci ni, aku teringat dengan kawan sekelas aku..Nama dia??Jeng jeng jeng...DIRAHSIAKAN...hehehehe...Dia selalu tanya aku time dalam kelas, "Shera kau tau tak apa yang paling suci dekat dunia ni?" Hah??Motif ok, soalan dia tu...Dalam kelas, boleh pulak kau tanya soalan macam tu kan....
As usual, aku akan jawab "EHHHH!!!MOTIFLAH KAU NI..JENGKEL BETUL KAU NI"...Belum sempat aku jawab soalan dia, dia terus jawab "Shera, CINTA anugerah yang paling suci dekat dunia ni"...OH NOOOO!!!Geli ok kawan dengan statement berani mati kau tu....
Emmm...Sebenarnya betullah apa yang kawan aku tu cakap. Cinta memang boleh mengubah seseorang. Dari yang malas terus jadi bertambah-tambah rajin bila dah angau bercinta..Betul tak? kalau korang tak percaya, tengok kawan-kawan korang. Dari malas nak senyum tapi sekarang dah pandai senyum. Selalu pulak tu. Kadang-kadang senyum sorang-sorang bila dapat messag..
Hish, tak naklah cerita pasal cinta ni sebab aku pun bukannya pakar sangat bab-bab cinta ni....
Kita straight to the point je...Korang pernah rasa nervous tak bila nak berdepan dengan orang. Pernah tak korang rasa, adoiii malulah nak cakap dengan dia tu..Dah la cantik..aku ni buruk..Tak layaklah nak cakap dengan dia..
Eh eh..Kenapa korang cakap macam tu?Berdosa tau..Ok, aku faham kalau ada sesiapa yang pernah rasa macam tu. Aku pun pernah jugaklah rasa macam tu..Self-esteem aku memang lowww sangattt.....Tapiiiii....Semuanya mula berubah bila aku tengok cerita "AKU, DIA DAN TONG SAMPAH".
Cerita ni dah berjaya buka mata aku besar-besar yang sebenarnya kita tak perlu takut nak melontarkan segala isi perut,luahan hati kita and semuanyalah dekat siapa-siapa. Kau tak perlu takut dengan pendapat orang lain tentang apa yang kau cakap. Tak semestinya apa yang orang cakap tu betul kan..
So, yang penting kau berani untuk meluahkan pendapat kau. Jangan jadi penakut ye kawan-kawan. Berani cakap belakang. Itu tak gentle ok.. Tapi kalau orang bagi pendapat yang betul, kita kena terima. Jangan bodoh sombong pulak. Cerita "AKU, DIA DAN TONG SAMPAH" ni memang lain dari cerita Melayu lain. Cerita ni dahlah sempoi..Bersesuaianlah dengan jiwa remaja macam aku ni.
Kalau korang rasa sedih and rasa macam tak bersemangat untuk hidup, go and watch this movie. Kau akan rasa betapa membazirnya kau biarkan sisa-sisa hidup kau dengan memikirkan yang hidup kau ni tak sempurna macam orang lain. Kau silap besar kalau kau fikir macam tu..Kau adalah sempurna ok....Tengoklah cerita ni ok...Ada Beto Kushairi and Siti Saleha. Gandingan yang sangat serasi ok.....:)
p/s: Ok, ni cover cerita Aku, Dia & Tong Sampah..Aku sediakanlah sekali gambar Beto dengan Siti Saleha. Cantik sangat Siti Saleha ni..Kalau korang nak tahu, aku tengok cerita ni banyak kali ok...Bila aku rasa down je, aku tengok cerita ni...Sambil-sambil tengok cerita tu, berzikirlah sekali....Kalau korang berzikir, confirm korang akan rasa tenang and rasa bersyukur sangat sebab Allah jadikan korang sesempurna ciptaan :)
PERSEPSIKU TERHADAP KOREA
![]() |
| OK, NI SUNGAI KAT JEJU ISLAND..AKU LUPA NAMA TEMPAT NI..TAPI SUBHANALLAH, CANTIK SANGAT..AIR WARNA TURQOISE OK..LAWAAA.....TERPEGUN AKU SEKEJAP DENGAN ANGIN SEPOI-SEPOI BAHASA |
Subscribe to:
Comments (Atom)





