Dah lama tak update blog. Rindu blog lama tapi apakan daya..Setiap kehidupan perlukan pembaharuan..Begitulah juga nasib blog-blogku..Sebenarnya tak tahu nak post apa kat blog ni. Memandangkan otak tepu and tak boleh paksa diri buat kerja lain dekat office ni so saja mengada-ngada menaip dekat blog ni. Mana tahu otak jadi cergas balik. Hehe.. Ok sekejap, fikir idea apa nak cerita kat sini... OK!!!DAH DAPAT IDEA!!! NAK CERITA SESUATU YANG LUAR BIASA DALAM KEHIDUPAN NI....(Ok tetibe rasa nak lempang diri sendiri..hahaha)
Apa entah yang luar biasa. Sekali lagi..terpaku depan laptop sebab tak tahu nak cerita apa..hehehe...Takpelah cerita jugak la sikit. Rasanya hidup ni indah sangat bila kita yakin dan cuba dekat dengan Allah. Rasa macam semua benda mudah dan rezeki tak disangka-sangka datang tanpa kita cari. Sweetnya Allah...Apa yang kita nak, Dia tak pernah kecewakan. SERIOUSLY, Alhamdulilah, semua doa-doa dah dimakbulkan Allah. Kita yakin Allah takkan kecewakan kita. Ehhh..bila cerita pasal kekasih kita, Allah. Tetibe teringat pengalaman kat Korea. Let me share something. Hopefully, cerita ni tak menimbulkan riak...Semata-mata kerana Allah..Amiin.
Ok, bermulalah kisah penghijrahanku selepas keluar dari NTV7. Memang terdetik kat hati ni, nak jadi orang baik time kat NTV7 tapi tak tahu kenapa time tu liat sangat nak berubah. Lepas keluar dari bilik 7, aku dengan adik aku bercuti ke Korea. Korea?Nothing special except Won Bin. Suka Won Bin je sebab pe?Sebab pe? Malu la nak cerita Sebab he is my first love. Hahahaha...Dulu, siap cakap, taknak pergi Korea melainkan bawa cincin untuk propose Won Bin. Ya Allah, x matang langsung.. hahaha...
Time 10 hari dekat Korea, kitorang memang dah siapkan itinery . kat mana tempat2 yang kitorang nak pergi. Semua dah ada kat itinery. Kitorang redah je.. Sbb orang2 kat sana tak pandai communicate dalam english. Yelah, bayangkan english akak yang macam ke laut ni pun ok sikit dari dorang. So berharap je la kat sana Allah permudahkan segalanya tapi ternyata Alhamdulilah..Banyak benda yang tak disangka kitorang dapat. Alhamdulilah. Buat masa ni our experience kat bumi Korea x sama dengan kawan2 yang lain. Sebab pe semua ni berlaku? HAH!! Itulah magic kat situ..Aku rasa semuanya sebab Dhuha. Ya Allah, DhuhaMu menarik rezeki yang tak disangka2...10 hari kat Korea, kitorang takkan tinggalkan solat Dhuha. Dah jadi kebiasaan. Rasa macam tak best tinggalkan. Baru-baru ni i got the info rupe-rupenya solat dhuha ada dalam wasiat Rasulullah. So, jom start dari sekarang kita solat dhuha.
Mesti nak tahu kan ape yang special sangat kat Korea tu kan...hehehe...Everyday, ktorg akan dikejutkn dgn benda2 yg ktorg sendiri tak sangka. Ok, ni antara cerita2 yang terlintas kat otak k...Emm...Kalau kitorang bawa barang berat2 je mesti ada "oppa" yang baik hati nak tolong angkatkan barang kitorang sampai ke tempat yang dituju. Ya Allah, baiknya...Ringan je rasa....Rasa semua beban dah hilang macam tu...Terima kasih ye oppa..
Satu lagi perkara yang x disangka ialah...Emm...Memang aku teringin sangat nak pakai hanbok..tapi tak adalah sampai nak beli..Mahal ok hanbok..Time kitorang pergi Korean Folk Village, seronok-seronok tengok sejarah Korea tetibe ada seorang pakcik..Pakcik dalam bahasa korea ape ek?Alamak lupe la..Jap selawat jap...Hah, "ahjuhsi"...'Ahjushi' tu datang kat kitorang berdua dengan bahasa korea dia. Yang kitorang pun tak faham..Apa pakcik ni cakap farra...Tolong!! Nasib baik ada la sikit2 ayat dia yang aku boleh faham and nasib baik adik aku pun boleh communicate sikit dalam bahasa korea..So tahulah pakcik tu tanya kitorang dari mana..As usual, dengan bangganya sebut Malaysia. And aku yakin pakcik tu pun tak tahu Malaysia tu dekat mana..heheheeh
Ok, apa rezeki yang Allah turunkan untuk bagi kat kitorang melalui pakcik ni? Cuba korang teka? OK, dia panggil kitorang berdua and dia keluarkan semua hanbok dari almari untuk kitorang pakai. Ya Allah, dari semalam aku cakap kat farra yang aku nak pakai hanbok and ambik kau, dia keluarkan macam2 warna untuk aku pakai. Alhamdulilah. Rezeki and sepatotnya kena bayar tapi ahjusi tu tak bagi bayar..Then after jumpe kawan2 farra kat korean folk village tu, dorang tak dapat merasa pakai hanbok tu. So kesimpulannya hari tu adalah rezeki kami :)
Yang ni last aku cerita k..Sebab tak larat nak menaip and ada keja kena selesaikan. Lepas tu, ayat aku pun dah macam orang fail bahasa Melayu. Emm boleh dikatakan kitorang selalu dapat harga and barang free..Antaranya ialah teddy bear. Ada ahjussi ni siap belikan teddy bear and ice cream perisa teh untuk kitorang..And teddy bear tu kalau korang nak tengok..Dah tak ada kat aku sebab teddy bear tu dah selamat bagi kat seorang anak mualaf. Tapi farra punya still ada. Dia kata kenangan tak boleh dijual beli..hehehe...
Ok, sebenarnya apa yang nak diceritakan kat sini..Bila kita solat Dhuha, kita tak perlu risau miskin ker ape ker. Sebab insyaAllah rezeki tu memang akan ada..Datang tanpa diduga, menarik setiap rezeki yang ada kat bumi ni...Ingat, rezeki tak semestinya kaya raya, duit bertimbun-timbun dalam bank. Ketenangan jiwa dan kemudahan dari semua urusan, itu pun dah dikira rezeki. Solat Dhuha pun boleh mengampunkan dosa kita tau..So jom kawan-kawan kita amalkan solat Dhuha. :)
I LOVE U, ALLAH. THANK YOU ALLAH :)
No comments:
Post a Comment