Sunday, 28 July 2013

Kasih dan Setianya...

Assalamualaikum....

Ya Allah, mengantuk sebenarnya sekarang. Now, dah pukul 1.50 pagi. And hari ni merupakan 10 malam terakhir Ramadan. Ya Allah, how time flies. Ramadan...Semoga tahun depan kita jumpa lagi. Amiin. Cepat sangat masa berlalu. Tak silap aku, aku pernah dengar. Tanda-tanda hari kiamat akan berlaku bila masa tu rasa macam sekejap je. Inilah yang kita rasa sekarang. Dulu, time kecik2, aku rasa lambat je masa berjalan. Sampai buat macam-macam nak tunggu buka puasa. Pergi main buaian la, tengok tv la, main masak-masak dan lain-lain. Cepatnya masa berjalan. Cepat sangat. MasyaAllah.

Kadang-kadang aku merenung diri aku. Aku cermin diri aku. Aku semak diri aku. And for sure aku cuba mengaudit diri aku. Kadang-kadang sedih dengan diri sendiri. Aku mudah rasa kecewa dan sedih bila orang2 yang aku sayang. Yang aku jaga bagai menatang minyak yang penuh. Konon2lah aku banyak berkorban. Hehe.. Bila orang yang aku dah buat macam-macam tapi tak pernah hargai aku. Ya Allah, mulalah aku rasa sedih yang teramat-amatnya. Frust menonggeng habis. Aku rasa dorang tak hargai aku. Dorang tak nampak ker pengorbanan aku. Dorang ni tak kenang budi. Dorang ni seperti kacang lupakan kulit. N bla bla bla....

Tapi cuba kau tanya diri kau. Ya Rasulullah, maafkan aku. Keji dan hinanya aku. Aku harapkan kasih sayang orang lain. Tapi aku abaikan kau. Kau amat kasih pada umat kau. Agak-agaknya, time hari akhirat nanti kau perasan aku tak, Ya Rasulullah. Malunya aku dengan kau. Mengharap kasih pada orang lain tapi aku lupa pengorbanan kau. Aku lupa, nanti time hari kiamat nanti, kau yang akan membantu aku. Kau yang akan memberi syafaat tapi bukan 'dia', 'mereka', 'anda', 'kamu' tapi our prophet, Muhammad S.A.W.

Kawan-kawan...cukup-cukuplah kita mengharapkan penghargaan sesama manusia. Jomlah kita hargai pengorbanan kekasih kita. Sebelum baginda menutup matanya buat kali terakhir. Baginda masih memikirkan kita. Jika boleh, baginda mahu merasai semua kesakitan sakratul maut supaya kita semua tak merasa kesakitan itu. Lihatlah, betapa kasihnya baginda terhadap kita. Tapi kita? Kata cintakan Rasulullah. Tapi kita jarang sekali selawat kepadanya. Kata Rasulullah idola kita. Tapi? Perangai kita langsung tak mencontohi idola kita. Memaki hamun, membuka keaiban orang, bergosip sana sini, bercakap bohong, riak, ujub, takbur...Memang kontra habis. Kata nak berjuang habis-habisan demi menegakkan syiar Islam. Tapi kita? Sayang, kita ikutkan ego kita. Sampai habis musnah benteng silaturrahim kita sesama umat Islam. Betapa sukarnya Rasulullah menyatukan kaum Ansar dan Muajirin. Tapi kita? Semudah itu berpecah belah. Renung-renungkanlah. Siapalah kita nanti di mata Rasulullah. Satu hari yang dijanjikan, adakah kita dijemputnya nanti untuk masuk ke syurga?




Tuesday, 16 July 2013

Mengapa yang Syahid, Qari dan Kaya ke neraka?

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulilah, kita masih lagi di bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadan Al-Mubarak. Jom kita sama-sama lipat-gandakan amalan ibadah kita. InsyaAllah. Manalah tahu, tahun ni merupakan Ramadan kita yang terakhir. Tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Untuk ke sejuta kalinya, aku teringat kata-kata dan nasihat 'seseorang' kepada aku. Aku memang suka menulis. Dan kerjaya aku pun ada kena mengena dengan penulisan. So, ayat-ayat manis ni la yang selalu dia pesan kepadaku, 'U, bila u menulis, tulislah benda yang boleh memberikan manfaat kepada u. Betul tak i cakap, malaikat akan catat dosa dan pahala u melaui seberapa banyak orang baca penulisan u tu'. (Ok, again my words ke laut)...Speechless dengan ayat sendiri. hehe..Ok, jom straight to business...kita lupakan sekejap nasihat 'seseorang' itu..Hari ni, ada satu cerita best yang harus dan wajib dikongsikan dengan u all semua...Kisah 'Mengapa yang Shahid, Qari dan kaya ke neraka?'

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:
'Sesungguhnya di antara manusia yang mula-mula dibicarakan dan dihukum pada hari kiamat ialah: Pertama: orang yang gugur syahid-dia dibawa menghadap, maka Allah menyatakan kepadanya satu persatu nikmat-nikmatNya (yang diberikan semasa hidupnya) lalu dia mengakui menerimanya, Allah bertanya kepadanya, 'Maka apa yang telah engkau lakukan pada nikmat-nikmat itu?' Dia menjawab: 'Aku berperang kerana mematuhi perintah-Mu sehingga aku gugur syahid'. Allah Taala berfirman: 'Engkau berdusta!Engkau berperang supaya orang mengatakan: 'Engkau berani, dan telah pun dikatakan yang demikian. Kemudian, dia dihukum lalu diseret dengan tertiarap sehingga dia dihumbankan ke dalam neraka.

Kedua, orang yang mempelajari ilmu dan mengajarkannya serta membaca al-Quran-dia dibawa menghadap, maka Allah menyatakan kepadanya nikmat-nikmatNya satu persatu, lalu dia mengakui menerimanya, Allah bertanya kepadanya, 'Maka apa yang telah engkau lakukan pada nikmat-nikmat itu?' Dia menjawab, 'Aku mempelajari ilmu dan mengajarkannya, serta membaca al-Quran kerana mengharap keredhaanMu. Allah berfirman: Engkau berdusta! Engkau mempelajari ilmu supaya orang mengatakan engkau alim dan engkau membaca Quran supaya orang mengatakan 'Si anu seorang Qari, maka telah pun dikatakan yang demikian'. Kemudian, dia dihukum lalu diseret dengan tertiarap, sehingga dia dihumbankan ke dalam neraka.

Dan ketiga, orang yang telah dimewahkan Allah hidupnya serta diberinya sebahagian dari segala jenis harta benda kekayaan-dia dibawa menghadap, maka Allah mengatakan kepadanya nikmat-nikmatNya satu-persatu lalu dia mengakui menerimanya, Allah bertanya kepadanya 'Maka apa yang telah engkau lakukan pada nikmat-nikmat itu?' Dia menjawab, 'Aku tidak tinggalkan satu jalan pun di antara jalan-jalan yang engkau suka dibelanjakan kekayaan itu padanya melainkan engkau belanjakan padanya kerana mengharapkan rahmatMu'. Allah berfirman: 'Engkau berdusta! Engkau belanjakan harta kekayaanmu supaya orang mengatakan 'Si anu seorang dermawan, maka telah pun dikatakan yang demikian.' Kemudian dia dihukum lalu diheret dengan tertiarap, akhirnya dia dihumbankan ke dalam neraka' (HR Muslim, Tirmizi, al-Nasa'i)

Penerangan hadis: Allah S.W.T memberikan kepada kita nikmat-nikmat jasmani, rohani dan kebendaan yang tidak terhitung. Hadis di atas menerangkan perihal manusia yang diberikan pelbagai nikmat itu, kesihatan dan kekuatan tubuh, ilmu pengetahuan dan amal ibadat serta wang dan harta kekayaan. Namun, jauh di sudut hati, mereka tidak bersyukur dengan nikmat-nikmat yang diberikan Allah S.W.T. Mereka tidak ikhlas, malah menyalahgunakannya untuk mendapat nama dan pujian manusia. Di sisi Allah, mereka berhak ditimpakan azab.

Nilai Sekeping Wang Kertas

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah, Allah masih memberi peluang kepada kita semua untuk merasai lagi bulan Ramadan. Bulan yang penuh barakah. Alhamdulilah.Alhamdulilah.Alhamdulilah. Ya Allah, dah lamanya aku tak update blog aku ni. Alhamdulilah, sekali lagi Allah bagi aku peluang untuk melalui bulan Ramadan ni dengan ketenangan atau erti kata lain bebas daripada 'urusan dunia'. Alhamdulilah, aku akhirnya bebas daripada ke'busyan' 6 bulan yang lalu sebab busy dengan belajar dan kerja. Kelam kabut tu dah jadi one of my characters untuk 6 bulan yang lalu. Tapi Alhamdulilah, Allah nak aku dekat dengan Dia, so Dia bagi rezeki yang aku tak pernah sangka iaitu cuti semester. Alhamdulilah, so aku ada masa untuk mengisi malam-malam Ramadanku. Ok, sebenarnya, hari ni aku nak kongsi satu cerita. Cerita ni memang luar biasa dan InsyaAllah boleh sama-sama memberikan iktibar kepada kita semua. InsyaAllah.

NILAI SEKEPING WANG KERTAS


'Nilai Sekeping Wang Kertas'. Ya, inilah ceritanya. Diandaikan dua keping wang kertas berlainan nilai iaitu wang kertas RM 1 dan RM 100. Andaikan mereka pernah hidup bersama, kemudian dikeluarkan, terpisah dan bertemu semula. Disebabkan lama terpisah, mereka pun berbual-bual dan bertanyakan antara satu sama lain tentang pengalaman yang dilalui sepanjang tidak bertemu.

Dengan nada sinis wang RM 100 bertanya kepada wang RM 1: 'Kenapa badan kamu kelihatan begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?' Mendengar pertanyaan tersebut, dengan sedihnya wang RM 1 menjawab, 'macam mana aku tak lusuh dan berbau hamis, sebaik sahaja aku keluar dari bank, ak terus ke tangan buruh binaan, penjaja tepi jalan, penjual ikan dan akhirnya jatuh ke tangan pengemis.'

Lalu wang RM 1 bertanya balik kepada wang RM 100, 'kamu pula, kenapa kelihatan masih baru, rapi dan bersih seolah-olah tidak terusik?' Dengan bangganya RM 100 menjawab, 'Manakan tidak, sebaik sahaja aku keluar dari bank, aku terus disambut oleh perempuan cantik, dan beredarnya pula di kedai-kedai dan restoran-restoran yang mahal, di kompleks membeli-belah dan juga di hotel-hotel besar serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet'.

Wang RM 1 mendengar jawapan daripada sahabatnya itu dengan tenang. Kemudian wang RM 1 bertanya lagi, 'Pernahkah engkau berada di tempat-tempat ibadah?' Terkedu seketika wang RM 100 mendengar pertanyaan tersebut, lalu menjawab: 'Ahh..belum pernah'. Lalu wang RM 1 pun berkata lagi. 'Ketahuilah sahabatku, walaupun nilai aku cuma RM 1, tetapi aku selalu berada di tempat-tempat ibadah dan beredar dari tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin, namun tidak sedikit pun aku mengeluh, bahkan aku selalu bersyukur kerana walaupun nilaiku kecil tapi manfaatku yang aku sumbang sangat besar.

Lantas menangislah wang RM 100 setelah mendengar kata-kata daripada sahabatnya itu kerana dia merasakan diri dia sangat besar, hebat dan tinggi rupa-rupanya dirinya tidak begitu bermanfaat selama ini.

Jom kita fikir sejenak. Audit balik diri kita. Allah bagi kita kudrat untuk bekerja dan kita memperolehi rezeki yang melimpah ruah hasil daripada kudrat yang dikurniakan Allah. Tapi, kita ingat tak janji kita dengan Allah. Rezeki yang kita perolehi itu bukan hak milik kita semata-mata. Tapi hakikatnya separuh dari rezeki kita seharusnya dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Lagi satu, jangan sesekali kita ukur berapa besar hasil pendapatan kita, tetapi ukurlah berapa manfaat hasil pendapatan kita perolehi untuk digunakan ke arah kebaikan. Dan ingatlah bahawa kekayaan bukanlah untuk kesombongan :)

Thursday, 3 January 2013

IDEA DATANG LAST MINUTE..Dhuha :)

Dah lama tak update blog. Rindu blog lama tapi apakan daya..Setiap kehidupan perlukan pembaharuan..Begitulah juga nasib blog-blogku..Sebenarnya tak tahu nak post apa kat blog ni. Memandangkan otak tepu and tak boleh paksa diri buat kerja lain dekat office ni so saja mengada-ngada menaip dekat blog ni. Mana tahu otak jadi cergas balik. Hehe.. Ok sekejap, fikir idea apa nak cerita kat sini... OK!!!DAH DAPAT IDEA!!! NAK CERITA SESUATU YANG LUAR BIASA DALAM KEHIDUPAN NI....(Ok tetibe rasa nak lempang diri sendiri..hahaha)

Apa entah yang luar biasa. Sekali lagi..terpaku depan laptop sebab tak tahu nak cerita apa..hehehe...Takpelah cerita jugak la sikit. Rasanya hidup ni indah sangat bila kita yakin dan cuba dekat dengan Allah. Rasa macam semua benda mudah dan rezeki tak disangka-sangka datang tanpa kita cari. Sweetnya Allah...Apa yang kita nak, Dia tak pernah kecewakan. SERIOUSLY, Alhamdulilah, semua doa-doa dah dimakbulkan Allah. Kita yakin Allah takkan kecewakan kita. Ehhh..bila cerita pasal kekasih kita, Allah. Tetibe teringat pengalaman kat Korea. Let me share something. Hopefully, cerita ni tak menimbulkan riak...Semata-mata kerana Allah..Amiin.

Ok, bermulalah kisah penghijrahanku selepas keluar dari NTV7. Memang terdetik kat hati ni, nak jadi orang baik time kat NTV7 tapi tak tahu kenapa time tu liat sangat nak berubah. Lepas keluar dari bilik 7, aku dengan adik aku bercuti ke Korea. Korea?Nothing special except Won Bin. Suka Won Bin je sebab pe?Sebab pe? Malu la nak cerita  Sebab he is my first love. Hahahaha...Dulu, siap cakap, taknak pergi Korea melainkan bawa cincin untuk propose Won Bin. Ya Allah, x matang langsung.. hahaha...

Time 10 hari dekat Korea, kitorang memang dah siapkan itinery . kat mana tempat2 yang kitorang nak pergi. Semua dah ada kat itinery. Kitorang redah je.. Sbb orang2 kat sana tak pandai communicate dalam english. Yelah, bayangkan english akak yang macam ke laut ni pun ok sikit dari dorang. So berharap je la kat sana Allah permudahkan segalanya tapi ternyata Alhamdulilah..Banyak benda yang tak disangka kitorang dapat. Alhamdulilah. Buat masa ni our experience kat bumi Korea x sama dengan kawan2 yang lain. Sebab pe semua ni berlaku? HAH!! Itulah magic kat situ..Aku rasa semuanya sebab Dhuha. Ya Allah, DhuhaMu menarik rezeki yang tak disangka2...10 hari kat Korea, kitorang takkan tinggalkan solat Dhuha. Dah jadi kebiasaan. Rasa macam tak best tinggalkan. Baru-baru ni i got the info rupe-rupenya solat dhuha ada dalam wasiat Rasulullah. So, jom start dari sekarang kita solat dhuha.

Mesti nak tahu kan ape yang special sangat kat Korea tu kan...hehehe...Everyday, ktorg akan dikejutkn dgn benda2 yg ktorg sendiri tak sangka. Ok, ni antara cerita2 yang terlintas kat otak k...Emm...Kalau kitorang bawa barang berat2 je mesti ada "oppa" yang baik hati nak tolong angkatkan barang kitorang sampai ke tempat yang dituju. Ya Allah, baiknya...Ringan je rasa....Rasa semua beban dah hilang macam tu...Terima kasih ye oppa..

Satu lagi perkara yang x disangka ialah...Emm...Memang aku teringin sangat nak pakai hanbok..tapi tak adalah sampai nak beli..Mahal ok hanbok..Time kitorang pergi Korean Folk Village, seronok-seronok tengok sejarah Korea tetibe ada seorang pakcik..Pakcik dalam bahasa korea ape ek?Alamak lupe la..Jap selawat jap...Hah, "ahjuhsi"...'Ahjushi' tu datang kat kitorang berdua dengan bahasa korea dia. Yang kitorang pun tak faham..Apa pakcik ni cakap farra...Tolong!! Nasib baik ada la sikit2 ayat dia yang aku boleh faham and nasib baik adik aku pun boleh communicate sikit dalam bahasa korea..So tahulah pakcik tu tanya kitorang dari mana..As usual, dengan bangganya sebut Malaysia. And aku yakin pakcik tu pun tak tahu Malaysia tu dekat mana..heheheeh

Ok, apa rezeki yang Allah turunkan untuk bagi kat kitorang melalui pakcik ni? Cuba korang teka? OK, dia panggil kitorang berdua and dia keluarkan semua hanbok dari almari untuk kitorang pakai. Ya Allah, dari semalam aku cakap kat farra yang aku nak pakai hanbok and ambik kau, dia keluarkan macam2 warna untuk aku pakai. Alhamdulilah. Rezeki and sepatotnya kena bayar tapi ahjusi tu tak bagi bayar..Then after jumpe kawan2 farra kat korean folk village tu, dorang tak dapat merasa pakai hanbok tu. So kesimpulannya hari tu adalah rezeki kami :)                                                                                                                                  

Yang ni last aku cerita k..Sebab tak larat nak menaip and ada keja kena selesaikan. Lepas tu,  ayat aku pun dah macam orang fail bahasa Melayu. Emm boleh dikatakan kitorang selalu dapat harga and barang free..Antaranya ialah teddy bear. Ada ahjussi ni siap belikan teddy bear and ice cream perisa teh untuk kitorang..And teddy bear tu kalau korang nak tengok..Dah tak ada kat aku sebab teddy bear tu dah selamat bagi kat seorang anak mualaf. Tapi farra punya still ada. Dia kata kenangan tak boleh dijual beli..hehehe...

Ok, sebenarnya apa yang nak diceritakan kat sini..Bila kita solat Dhuha, kita tak perlu risau miskin ker ape ker. Sebab insyaAllah rezeki tu memang akan ada..Datang tanpa diduga, menarik setiap rezeki yang ada kat bumi ni...Ingat, rezeki tak semestinya kaya raya, duit bertimbun-timbun dalam bank. Ketenangan jiwa dan kemudahan dari semua urusan, itu pun dah dikira rezeki. Solat Dhuha pun boleh mengampunkan dosa kita tau..So jom kawan-kawan kita amalkan solat Dhuha. :)


I LOVE U, ALLAH. THANK YOU ALLAH :)

Sunday, 2 December 2012

Bila kita rasa lemah

Kita selalu fikir kita tak mampu. Kita akan mudah rebah jika gagal memenuhi impian kita. Ya Allah...Kenapa lemah sangat kita ni?sedangkan kita punya Allah. Dia mampu buat apa saja. Dia berkuasa. Segala hati di dunia ini milikNya. So jangan rasa lemah..Jangan...Bila kita lemah, syaitan lagi suka...Teruskan berusaha. Biar manusia hina n pandang rendah kat kita..Kita doakan je yang terbaik untuk mereka. Sebab ingat, dunia ni sementara. Melangkahlah dengan yakin wahai manusia. Jangan takut.

Tuesday, 23 October 2012

Jangan Mengalah



Alhamdulilah. Syukur sangat-sangat sebab Allah masih beri peluang kepada kita untuk bernafas lagi. Kita diberi masa untuk bertemu dengan orang-orang tersayang. Dapat juga menjalani kehidupan ini seperti selalu. Dan yang paling penting sekali, kita turut diberi peluang untuk merealisasikan impian kita yang dah lama tertangguh. Alhamdulilah. Alhamdulilah. Alhamdulilah.

Namun yang menjadi masalah kepada diri kita ialah kita tidak pernah berasa puas. Dapat sikit nak lagi nak lagi dan lagi. Itulah kita. Kadang-kadang impian kita tidak tercapai, mulalah rasa give up. Kita dah rasa Allah tak sayang kita. Kita rasa dunia ni gelap je. Kenapa orang lain dapat apa yang dia nak tapi kenapa kita tak dapat-dapat. Kita siap fikir, aku selalu berdoa pada Allah tapi Allah tak kabulkan pun permintaan aku.

Masyaallah sampai macam tu sekali kita pikirkan. Sebenarnya kita silap...Allah bukan tak nak kabulkan doa kita tapi Dia saja nak tangguhkan doa kita. Kenapa Dia tangguhkan doa kita tu? Jawapannya ialah sebab Dia sayang sangat dengan kita. Dia suka kita merayu-rayu dekat Dia. Sebab dengan cara tu, kita akan makin dekat dengan Dia.

Don't worry Allah dengar doa kita tu. Allah already said to Rasulullah. "Ya Rasulullah, if my servant ask you about me. Just answer, I am very close to them". See, itu janji Allah kepada kita. Dia Maha Mengetahui. Dia tahu segala-galanya mengenai kita. Bila Allah tak perkenankan doa kita. Bukan bermakna Allah saja nak kecewakan kita tapi Dia nak bagi yang lebih baik untuk kita.

Jangan sesekali menyerah bila  gagal kecapi apa yang kita nak. Tapi teruskan berdoa, berdoa dan berdoa. We should believe with Allah. Allah akan bagi jugak apa yang kita nak tapi antara cepat dan lambat je. So percaya pada Allah. Doa seyakin-yakinya pada Dia. InsyaAllah doa kita akan dimakbulkan.





Monday, 22 October 2012

You Sihir Pergi Jauh-Jauh!!!

Assalamualaikum kawan-kawan. Hari ni nak kongsi sedikit amalan untuk mengelakkan daripada sihir. Kita ni umat Islam memang selalu diuji dengan pelbagai dugaan dan rintangan. Ingat tak janji Iblis kepada Allah?Ingat tak? Emm..Dia dahn berjanji dengan Allah yang dia akan berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan umat Islam sehinggalah hari kiamat nanti.


So, sebagai hamba Allah yang kerdil ni, kita kadang-kadang tak kuat. Tak mampu untuk menepis godaan si syaitan ni. Kadang-kadang kita yang bagi peluang anak syaitan, encik syaitan, datuk syaitan, tan sri syaitan, dan segala macam syaitan untuk mendekati kita.


Satu lagi, walaupun zaman kita ni dah zaman milenium tapi jangan tak tahu ye kawan-kawan masih ada lagi amalan khurafat ni. Makin ramai manusia yang suka sihir menyihir ni. Pantang nampak si kawan tu lebih sikit, mulalah dia jumpa bomoh, suruh sihirkan si kawan dia tu. Yang penting semua pesaing and penghalang dia untuk berkuasa di muka bumi ini dapat dihapuskan dengan segeranya. So itu salah siapa?Salah siapa si hamba Allah itu jadi macam tu? Salah Jin ok. Jin dah berjaya menguasai dia sampai dia tak mampu fikir mana yang baik dan buruk.


Untuk mengelakkan daripada terkena sihir atau nak bagi si jin tu panas dari dekat dalam diri kita, marilah kita sama-sama bina benteng diri yang paling kuat. Biar si raja syaitan tu takut nak dekat dengan kita. Oh ya, amalkan sekali ayat surah Yunus ni. InsyaAllah, boleh bantu kita daripada diganggu oleh musuh Allah. Amiiin


 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُمْ بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللَّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللَّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ (81) وَيُحِقُّ اللَّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ (82)
[Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir, sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan (81). "Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa" (82).]
-Surah Yunus Ayat 81 dan 82-
p/s: Amalkanlah selepas setiap kali solat sebaik-baiknya 7 kali. Lagi banyak lagi bagus. Sekarang ni, kita dan amalan kita je yang boleh membantu diri kita. (Nasihat dekat diri sendiri sebab selalu lalai). Ingat don't despair and loose your hope. Because Allah is always by your side (Tetibe copy lagu Maher Zain pulak). Berusaha ok untuk berubat. Teruskan berusaha jangan mengalah.